Kamis, 10 Juli 2008

Minyak atau Makanan

Harapan baru Malaysia. Inilah ungkapan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat terutamanya bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan penurunan harga minyak sekiranya menjadi Perdana Menteri pada pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

Di dalam keadaan minyak dunia yang mencecah hampir 140 dolar setong, adakah minyak boleh diturunkan seperti dakwaan DSAI. Ini ditambah dengan krisis makanan dunia yang meruncing seperti kekurangan bekalan beras dan tepung. Adakah kita perlu memberikan subsidi kepada bahanapi ini daripada memberikan subsidi kepada makanan.

Lawatan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini ke Venezuala, sedikit sebanyak dapat mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku keatas negara Venezuala yang sebelum ini merupakan negara pengeluar minyak dunia. Pada era kegemilangan Venezuala, hampir 5 juta tong sehari dikeluarkan, namun kini hanya 2 juta tong sehari yang dapat dikeluarkan. Harga minyak petrol Venezuala kini adalah 30 sen seliter. namun disebalik subsidi yang tinggi kepada bahanapi ini timbul masalah krisis makanan yang amat membimbangkan. Venezuala hanya mengimport makanan daripada negara Colombia, yang kini bergolak dengan negara Venezuala sendiri. tambahan pulak Venezuala tidak mengamalkan Dasar pertanian. Makanan hanya dari sumber import sahaja.

Bayangkanlah Malaysia memberikan subsidi yang lebih kepada bahanapi daripada makanan. apakah Implikasi yang akan berlaku sekiranya harga minyak terus naik. Apakah rakyat mahukan negara terus menghabis wang berbilion-bilion ringgit untuk subsidi minyak. Apakah keperluan lain seperti makanan, pendidikan dan pembangunan di letakkan sebagai kepentingan kedua. fikir-fikirkan...